MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Thursday, December 22, 2016

APA ITU LiFi ?

Apakah itu LiFi ? Jika anda bertanyakan seperti itu, pernahkah anda tahu tentang Wifi ? Jika ya, maka anda sudah seperti tahu akan LiFi.

Dalam konsep Lifi, ia merupakan suatu teknologi yang dikatakan lebih hebat berbanding wifi. Ini kerana ia merupakan teknologi tanpa wayar dua hala yang berkelajuan tinggi dan berangkaian sepenuhnya menyerupai wifi.

Persoalannya, adakah teknologi LiFi ini menggunakan gelombang radio seperti wifi ? Sebenarnya, teknologi LiFi ini menggunakan komunikasi cahaya boleh lihat dan menjadi sebahagian daripada komunikasi tanpa wayar optikal.

Bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai teknologi LiFi, berikut senarai yang membicarakan apakah itu LiFi dan adakah ia lebih baik dari WiFi, anda boleh klik disini :


1) Penghantaran data yang lebih cepat
Memandangkan teknologi LiFi yang berasaskan cahaya, secara umumnya penghantaran atau komunikasi yang dilakukan adalah lebih pantas berbanding wifi yang menggunakan gelombang radio.

2) Tahap keselamatan
Dari segi keselamatan, konsep yang diceritakan adalah seperti berikut : Wifi-gelombang radio- boleh melepasi dinding legap akan tetapi LiFi-cahaya- tidak boleh melepasinya. Jadi, LiFi adalah lebih selamat untuk diakses kerana data tidak boleh diakses oleh sesiapa yang berada di luar bangunan. Konsep sebegini amat penting bagi sesebuah organisasi yang mengutamakan tahap keselamatan yang tinggi.

3) Tidak banyak kesan gangguan
Gelombang radio begitu terdedah kepada sebarang gangguan yang akan membuatkan isyarat menjadi perlahan atau hilang terus.

Sebaliknya, LiFi dikatakan tidak banyak dipengaruhi oleh gangguan sekali gus membuatkan teknologi ini lebih efisien dalam soal komunikasi.

4)Persekitaran
Pasti ramai yang suka menggunakan teknologi walau dimana mereka berada.  Wifi juga bersifat begitu, tetapi tidak mudah dan agak terdedah kepada gangguan. Sebagai info tambahan, wifi adalah lemah di persekitaran yang ramai orang serta tidak mampu untuk menghantar data dalam air laut kerana banyak gangguan.

Tetapi berbeza dengan LiFi, yang tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor sekelilingnya. Jadi teknologinya boleh digunakan untuk penghantaran dalam kawasan padat di mana wifi kurang efisien untuk digunakan. Selain itu, teknologi LiFi juga membuatkan pengguna yang menyelam di dalam lautan boleh berkomunikasi tanpa sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment