MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Wednesday, December 21, 2016

BAGAIMANA MENJADIKAN AKAUN INTERNET ANDA LEBIH SELAMAT?

Dewasa ini, sering kedengaran berkaitan dengan tahap keselamatan yang begitu terdedah kepada segala ancaman disebabkan beberapa kelemahan teknologi, sekaligus membuatkan ramai pegguna risau akan keselamatan akaun internet mereka yang menyimpan pelbagai maklumat.




Bagi mengurangkan risiko, salah satu perkara yang boleh dilakukan adalah dengan mengaktifkan sokongan pengesahan dwi-faktor. Kebanyakan perkhidmatan web menyokongnya, di mana ia akan memerlukan pengguna memasukkan kata laluan seperti biasa, kemudiannya turut serta memasukkan kod tambahan yang akan dihantar terus ke peranti mudah-alih anda.

1) Akaun Google
Dipanggil 2-Step Verification. Dengan mengaktifkan sokongan ini, ia akan memautkan akaun Google anda kepada nombor telefon peribadi anda, di mana setiap kali ingin masuk ke peranti lain atau komputer, anda akan diminta utuk memasukkan kod rawak yang akan dihantar terus ke peranti mudah alih anda dalam bentuk SMS.

2) Akaun Facebook
Sama seperti yang digunakan oleh Google, pihak Facebook akan menghantar SMS berbentuk nombor rawak bagi digunakan untuk masuk ke akaun Facebook mereka. Pengguna boleh pergi ke halaman Settings, masukkan nombor telefon pada bahagian Login Approvals.

3) Akaun Twitter
Sama seperti Facebook. Untuk mengaktifkannya, pengguna perlu ke halaman Security di Twitter.com, kemudian mengaktifkannya pada bahagian Login Verification.

4) Akaun Microsoft
Dengan penggunaan akaun Microsoft pada Windows 8, Windows Phone, Skype, One Drive & sebagainya, akaun Microsoft juga dianggap suatu akaun yang semakin ramai digunakan. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pengguna perlu ke halaman akaun Microsoft mereka dan klik pada Security Info.
 

No comments:

Post a Comment