MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Wednesday, December 21, 2016

BAGAIMANA MENJADIKAN ANDROID ANDA PANTAS SEPERTI AWAL MEMBELINYA?

Bagi para pengguna peranti telefon pintar android, anda mungkin merasai sesuatu kelainan terhadap peranti anda jika semakin lama ianya digunakan. Perkara ini pasti membuatkan anda berasa kurang selesa dan tidak memuaskan kerana mengganggu rutin penggunaan harian anda. Antara beberapa perkara yang boleh disimpulkan adalah kerana fail storan yang semakin bertambah, selain fail berbentuk cache yang disimpan di dalam peranti. Beberapa perkara yang membolehkan peranti anda menjadi pantas adalah :


1) Buang Cache
Buang cache yang tidak digunakan. Ini kerana pelbagai aplikasi Android menyimpan data dalam bentuk cache bertujuan untuk menjadikan anda membuka sesuatu aplikasi dengan pantas, pada masa yang sama turut tidak menggunakan data yang tinggi. Cara manual untuk membuang cache adalah dengan pergi ke halaman SETTINGS>STORAGE, dan tap pada CACHED DATA>CLEAR CACHE  untuk membuang data yang disimpan padanya. Tetapi harus diingat. lakukan pada aplikasi yang anda betul-betul tidak gunakan atau jarang sekali digunakan.







2) Pindahkan Gambar
Selalunya gambar adalah antara faktor yang membuatkan storan anda penuh (semakin cantik kualiti gambar, semakin besar saiz yang terdapat padanya). Bagi menangani masalah ini, anda perlu mengosongkan storan pada peranti lalu dipindahkan ke komputer untuk digunakan pada masa akan datang.

3) Uninstall/ Buang aplikasi yang tidak digunakan
Sudah terang lagi bersuluh, inilah faktor yang membuatkan storan anda penuh. Jika sesuatu aplikasi yang sudah diinstalkan ke dalam peranti anda namun tidak digunakan untuk kadar waktu yang lama, adalah disarankan untuk anda membuangnya dengan cara uninstall aplikasi tersebut.

No comments:

Post a Comment