MENU

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

blokk

Sunday, December 25, 2016

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ANTI VIRUS

Sebagai pengguna komputer atau android, tidak kira sama ada baru atau telah berpengalaman menggunakan peranti tersebut, anda pasti pernah mendengar ancaman-ancaman yang boleh menggugat keselamatan peranti anda.
Sebenarnya tanpa perlu disangkal lagi, ancaman yang dimaksudkan itu; virus, malware, spyware serta pelbagai lagi adalah ancaman sebenar kepada anda. Jadi, bagi melindungi komputer anda, amatlah disarankan untuk anda memasang perisian anti virus bagi menjamin keselamatan komputer anda.


Apa itu perisian anti virus ?


Perisian anti virus adalah perisian yang dimuat turun oleh anda bagi melindungi komputer anda sewaktu melayari Internet. Perisian anti virus dapat melindungi komputer dari ancaman Trojan (sejenis virus) . Ia berperanan sebagai pelindung kepada komputer anda bagi menjamin keselamatan data-data, maklumat peribadi, gambar, program serta banyak lagi dari dicuri dan melakukan kerosakan terhadap komputer anda.

Kebiasaannya, virus akan menjangkiti komputer anda ketika melakukan atau melayari laman-laman yang mencurigakan, memuat turun data atau program yang tertentu dari pihak ketiga, dan pelbagai lagi. Kesannya, komputer anda mungkin akan menjadi perlahan dan maklumat peribadi dicuri.


Kelebihan menggunakan anti virus
Menggunakan perisian anti virus boleh mendatangkan beberapa kebaikan kepada anda:

1) Program antivirus boleh memberi perlindungan tambahan apabila membuat pembelian dalam talian, jadi anda tidak perlu risau tentang menggunakan maklumat kad kredit anda.

2) Program anti virus turut bekerja sewaktu anda melayari internet. Program anti virus juga turut bekerja ketika anda menghidupkan komputer anda, jadi ia membuatkan komputer anda selamat serta terjamin sebelum atau ketika melayari internet.

3) Program virus yang berkualiti boleh membantu untuk melindungi anda daripada kecurian identiti dengan memusnahkan spyware. Komputer dijangkiti spyware boleh mencuri nombor akaun kad kredit atau kata laluan perbankan anda.

4) Perisian anti virus dengan mudah boleh dikemaskini oleh pengguna-pengguna komputer dengan definisi virus terkini untuk menangkap virus baru apabila ia dikeluarkan di internet. Jadi selari dengan perkembangan virus, perisian anti virus juga perlu sentiasa dikemaskini.

5) Terdapat pelbagai  produk antivirus boleh memberi amaran kepada anda akan laman web berbahaya.




No comments:

Post a Comment